Friday, April 29, 2011

Tolonglah buat kerja sekali sekala

Pernah tak kau rasa kau taknak bergerak walau sekilas pun?
Bukan maksud aku tidak bergerak kaku terbaring dengan keranda dan van mayat yang menanti.
Maksud aku, pernah tak kau rasa kau cuma nak stay satu tempat tanpa disuruh buat apa apa kerja. Tak pernah? Kalau tak pernah aku berani potong kuku kaki pakai gigi laa.

Hari yang memenatkan dengan panas teriknya lagi, Fuhh~ Perit! Tengah sedap sedap landing kat port yang terbaik, kau kena suruh buat kerja rumah. Masak lunch laa, sapu rumah la, mesin rumput la. Memang spoil terus mood nak relax aritu. Sampaikan terasa macam nak selalu lari dari rumah pergi Aeon walaupun apa pun takde kat Aeon tu. Setakat pergi ronda ronda masuk Popular, senyum dekat Pakcik Jaga yang tak pernah lupa mengucapkan "Selamat Datang" walaupun mata pakcik tu selalu sangat kuyu. Mengantuk laa. Asyik berdiri tegak kat situ tengok orang keluar masuk tapi tak beli apa apa. Sinis je pakcik tu berterima kasih. Memang respect kat pakcik laa!
*Aku lah tu sebenarnya yang selalu masuk Popular baca buku free tak beli apa apa

Ramai yang nampak kau online 24 jam. Ramai jugak yang tanya, tak bosan ke asyik online je? Takde kerja lain ke? Dude, sukati aku lah nak online, bil elektrik aku yang naik bukan bil kau kan? Memang bukan bil elektrik diorang laa sebab tu Ayah kau claim duit elektrik kat kau. Termengah mengah lah kau pergi cari duit fly sana fly sini dapat laa jugak RM40 sehari. Cukup laa buat bayar bil elektrik. 

Lain pulak ceritanya bila dah lama tak online. Then tiba saat dan detik nak on je laptop, tup tup laptop pulak tak hidup. Akibat terlampau lama kau pakai tempoh hari. Punah harapan kau nak berchatting sampai pukul 2 3 pagi. Terpaksa laa kau usung beg laptop kau ke sana ke mari cari kedai yang dapat repair dengan kos yang rendah.

Jadi, akhirnya cita cita nak memalaskan diri dan menghempap diri di atas katil tanpa berbuat apa apa hanya memproses tahi mata, terbelengkalai di situ, Makin banyak kau perlu buat akhirnya.

Jangan pulak kau sume pikir benda ni terjadi kat aku. Aku masih belum merosak mahupun membuat laptop menjadi corrupted. Ini semua himpunan dari bermacam macam cerita yang aku dengar. Tidak perlu berasa malu mahupun terasa sendiri, kerana perkara ni semua normal. PEACE :)



lain : Terima kasih BM cos bagi aku topik yang best macamni. Hahaha.btw, maaflaaaa andai ter-ouchh. Lagu bekground(The Lazy Song)  kali ni khas untuk awak. Memang sesuai sangat kan?
lain lain : Kepada Katek, thanks cos telah mengkonfiuskan aku dengan lebih mendalam lagi. Apa apa pun, buat aku tersenyum lebarr jugaa. teheehee..
*BM yang bagi nama kau KATEK. Jangan pandang aku~ Tapi best jugak sebenarnya nama tu
lain lain lagi : Aku terbaca satu ayat ni " Saya rindu awak setiap detik. " Detik? Budak budak lagi pun dah pandai pakai ayat detik detik ni kan. Hebakk.



MALASNYA AKU HARINI

No comments: