Apa khabar pembaca ? Moga moga sihat hendaknya .
Aku berharap korang semua tiada family yang tinggal di Jepun . Tak perlu lah kiranya di sini aku membebel pasal kejadian tsunami kat Jepun tu sebab for sure korang lebih updated dari aku . For sure korang lebih tahu betapa besar gegaran nya . Aku hanya ingin menekankan tentang betapa kita perlu bersyukur dan menghargai nikmat ALLAH swt kerana DIA telah melahirkan kita di Malaysia . Kita cuma di beri signal signal " woi-tak-ingat-dosa-ke " dan di beri peluang untuk mengubah hidup . Sudah kah korang semua bersyukur ? Kalau belum , mari bersyukur bersama sama . ALHAMDULLILAH .
Lain pula ceritanya pabila seseorang diberi peluang untuk membaik pulih sesuatu perkara , tapi di sia sia kan , diperlekehkan , dan tidak menghargai peluang itu .
Aku : Cuba kau lihat di luar, langit sudah menangis. Eh, kau juga menangis! Kenapa?
S : Aku keliru.
Aku : Kenapa begitu?
S : Satu lagi hati datang kepadaku, minta diberi peluang.
Aku : Jadi, kau terima?
S : Tidak, aku menolak.
Aku : Kerana dia?
S : Ya.
Aku : Kau tak rasa kau patut beri peluang pada hati lain yang datang? Sekurang kurangnya cuba.
S : Bolehkah? Petutkah?
Aku : Adakah dia yang kau tunggu melayan kau dengan baik?
S : Ya. Dulu.
Aku : Kini?
S : Kini kami jarang bersapa.
Aku : Kerana apa?
S : Masalah kewangan, mungkin.
Aku : Masalah kewangan saja? Jadi tiada alternatif lain untuk berhubung?
S : Ada. Di laman sosial. Tapi dia hanya membisu. Aku pula yang ternanti nanti. Aku amat terasa diabaikan.
Aku : Oh begitu. Berapa umur kau sekarang?
S : 18 tahun. Mengapa?
Aku : Kau masih muda. Kau rasa pencarian teman hidup sudah berakhir apabila kau berjumpa dia?
S : Kami ditakdirkan bersama. Jadi tak perlu lagi aku cari yang lain.
Aku : Siapa kata dia takdir kau?
S : Aku yang mahu begitu.
Aku : Kau sayang dia?
S : Ya, aku pasti.
Aku : Kau cintakan dia?
S : Aku masih menunggu cinta itu hadir.
Aku : Sudah berapa lama kalian bersama?
S :Sejak menengah rendah.
Aku : Tapi sampai sekarang masih menunggu hadirnya cinta?
S : *diam*
Aku : Beginilah. Hati lain yang ikhlas datang kepada kau, kau berilah mereka peluang. Setidak tidaknya kau boleh menilai mana yang lebih baik. Yang lebih menghargai diri kau. Lagipun, selama ini hanya dia dalam hidup kau. Kau perlu kenal hati yang lain selain dia.
S : Boleh kah begitu? Tak adil bagi dirinya.
Aku : Adakah dia berlaku adil terhadap diri kau?
S : Maksud kau?
Aku : Dia tidak menghargai peluang yang kau berikan sepenuhnya kepada dia. Dia tinggalkan kau tertunggu tunggu dan resah begini. Kau sanggup diperlekehkan?
S : Dia sibuk dengan urusan kerjanya. Aku tak boleh selalu salahkan dia.
Aku : Baiklah. Aku hanya memberi nasihat. Sebaliknya kau yang buat keputusan.
S : Mungkin kami terlalu lama bersama. Kerana itu hubungan hambar.
Aku : Kau sudah bosan dengan dia?
S : Tidak! Aku tak pernah cukup untuk bersama dia. Dia faham aku lebih dari orang lain.
Aku : Jadi mungkin itu lah penyebab nya hubungan kalian semakin hambar. Kerana terlalu mengenali.
S : Mungkin benar.
Aku : Nasihat aku yang terakhir untuk masalah ini.
S : Apa?
Aku : Beri peluang pada mereka untuk mengenali diri kau. Dan beri peluang kepada diri kau sendiri untuk mengenali yang lain. Kau berhak mendapatkan yang lebih baik jika dia bukan lah orang yang terbaik.
S : Baiklah. Aku akan cuba. Terima kasih kawan.
Aku mahu dia dalam genggaman ku .
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :)
2 comments:
do u feel better? is dis made 1% bcoz of me? hope ur heart feels better..dun let it go,hold it and reach out for others..memberi pluang bkan hanye utk mrk,tpi juge utk dri sndri..
1% bcoz of you?
are you kidding me?
its 98% bcos of you.
Thanks kawan. :)
Post a Comment