Wednesday, October 27, 2010

macammacamorangmacammacamragam

Di sini aku berada
Pen hitam mata bulat yang ku pegang di sebelah kanan
Dan secawan aiskrim dingin di sebelah kiri
Menjadi peneman aku pada ketika ini.
Brosur mengenai Black Pepper Spicy Chicken Mc. Deluxe membuatku tersenyum
Aku terkenang iklan-iklan di TV yang memaparkan lagu-lagu menarik mengenai sajian makanan ringan yang terbaru ini.

Sepasang lelaki dan perempuan dihadapanku membuat ku keliru
Adakah mereka sepasang kekasih atau hanya adik dan kakak?
Melihat rupa dan fizikal, si perempuan kelihatan lebuh tua daripada sang jejaka.
Wajah pula seakan-akan sama. Namun tingkah mereka tidak ubah seperti mereka yang kemaruk cinta.

Kakak di sebelah pula, anggun berbaju kurung
Merenung brosur di atas meja sambil menikmati pepsinya
Duduk seorang. Sama seperti aku
Cuma perbezaannya, aku menunggu masa berlalu manakala dia menunggu seseorang yang istimewa.
Ha! Panjang umurnya. Jejaka yang ditunngu sudah sampai menegurnya dengan lembut.

Seorang ibu warganegara jiran sedang sibuk melayan karenah anaknya. Puas dia memujuk anaknya supaya makan makanan kegemarannya itu. Berlari-lari anak itu mempermainkan ibunya.

Sepasang lelaki dan perempuan yang kelihatannya sudah mempunyai kerjyanya yang sendiri sepi menatap makanan mereka tanpa menaikkan muka untuk menatap mata pasangan. Mereka amat mengamati rezeki yang terhidang . tingkah mereka tidak ubah seperti sepasang suami isteri yang kurang cinta. Kadang-kala si suami membetulkan kedudukan kaca matanya yang lurut longgar.

Sebuah keluarga berbangsa cina kelihatan bahagia bersama makanan merka. Anak perempuan yang umurnya lebh kurang 7tahun, besar membuka mulut untuk merasai kelazatan berger pilihannya.

Dan aku… mula menyimpan kembali pen hitam ini ke dalam bekas pensel setelah jam menunjukkan waktu adikku pulang dari sekolah.
Dengan pantas aku bergerak keluar dari restoran makanan segera yang terkenal sambil sempat melemparkan senyuman kepada juruwang yang tegak berdiri menunggu pelanggan.

2 comments:

Princess Tiara said...

haha .. wow !
nice post !

BelleZakaria said...

thanks princess tiara..
kejadian ni benar2 berlaku..
>.<