Saturday, April 28, 2012

Kenangan Tanah Arab Barakallah


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh,

Alhamdulilah, selamat perjalanan pergi dan balik. 2minggu kat Tanah Arab, banyak mengajar aku untuk hidup. Untuk menyayangi agama. Untuk mencintai Allah. One day masa aku still kat Arau, mama called, “Ucu nak ikut mama pergi buat umrah tak? Mama nak cari ketenangan. And Mama nak bawak ucu. As birthday present. “  Subhanallah. Masa tu aku speechless. Cuma mampu angguk angguk dengan laju sambil kesat air mata. Tersenyum :)

And thanks to kakak kakak, lebih lebih lagi to angah. Banyak berkorban masa and duit untuk settlekan urusan perjalanan kitorang ke sana. Aku lambat settlekan passport, visa, and borang2 penting. Yelah, sebelum tu aku kat arau, tak dapat nak uruskan semuanya. Mula mula aku dah risau and hampir give up bila urusan aku lambat selesai. Macam nak cancel je pergi umrah ni. Pihak agensi pulak asyik call je mintak semua borang. Air mata aku tumpah kat pejabat imigresen untuk buat passport. Aku muhasabah diri, ini semua dugaan. Aku tenangkan diri, beristighfar, aku tahu banyak dosa aku. Alhamdulillah, settle juga semuanya.

The most unimaginable thing in my mind. Tak pernah terlintas untuk dapat lihat tempat sujud hamba Yang Maha Esa didepan mata semasa umur 19tahun jagung. Memang lebih baik datang sini masa umur muda, tenaga yang Allah bagi banyak. Senang nak beribadah. 

Selebihnya, gambar menceritakan segalanya. Kali ni, aku nak print semua gambar then simpan dalam album. Kalau setakat simpan dalam laptop je, sekali virus mencanak, nganga :O


Air Asia X. Penerbangan Antarabangsa. Charted flight.

Tawaf keliling kaabah alhamdulilah Allah bagi rezeki untuk aku and mama sentuh kaabah, sentuh makam yamani,
sentuh hajarul aswad(cuma mama) dan berpaut pada Hijr Ismail.
Solat di hadapan kaabah, terasa kemanisan iman itu hadir :')



Melakukan ibadah umrah. Syukur, berpeluang laksanakan umrah untuk arwah abah and arwah kakak.


Tak sangka aku dapat jejak kaki ke rumah Allah yang namanya selalu aku baca dalam buku aga ma,buku sejarah and buku CTU.  Aku takdapat nak ziarah kiblat pertama umat Islam, Masjidil Aqsa kat Palestin. Sayang sungguh. Negara bergolak. Kita rakyat Malaysia dilarang melangkah ke sana. Kalau kena bom mati insyallah mati syahid lah anda di situ dan keluarga di tanah air tak dapat nak merasa duit pencen.  Eh?


Rugi sangat kalau tak berkenalan dengan saudara seIslam seluruh dunia. Diorang baik! Walaupun sorang cakap bahasa itik sorang lagi bahasa ayam. Kami masih saling memahami :’) Diorang semua ni langsung taktau speaking english you know! Makcik Turkey baju hitam tu suka sangat dengan aku siap peluk cium. Okay aku ada mak angkat turkey. Kau hado? Hoho. jap kenapa gambar mama je semua ni? i nak jugak :(

Aside from beribadah dan sujud kepada Ilahi, rombongan dibawa menziarah sekitar Madinah dan Makkah. Walau pun panas terik yang amat, tapi hey dah terbang jauh kan inilah masanya weh nak bercuti cuti di padang pasir. Bila lagi kan. Insyallah ada rezeki datang lagi amin ;)

MENARA JAM SEKITAR MASJIDIL HARAM


LADANG KURMA

 LADANG UNTA


BUKIT BERSEJARAH
Jabar rahmah, di bukit inilah Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi. InsyaAllah, kat sini boleh lah berdoa untuk jodoh yang baik baik ye. Ehem :3

KAWASAN LUAS DI SEKITAR MASJIDIL HARAM

TAWAF KEDAI HOHO :D




Alhamdullilah, tidak terungkap dengan bait bait kata untuk menggambarkan perasaan ku ini. Cewah :3 Tapi serious, pengalaman ini paling syok habis and sangat bermakna. Sekali pergi, nak lagi. Insyallah. Gambar gambar ni semua cuma sebahagian. Rasai sendiri keajaibannya. Aku, mama, wakri, wakjun and sepupu(shawal & khair) bersyukur kerana Allah telah panggil kami untuk menjejakkan kami ke tanah suci Nya. 


ROMBONGAN ID RICH CLUB
 Total jemaah 124 orang(eh dalam gambar tak cukup orang ni). Okay nak promote sikit, pakej yang kami guna ni murah. Murah sangat berbanding pakej lain. RM 3450 seorang. Insyallah halal hendaknya. Kepada sesiapa yang terbuka hatinya untuk menjejak kaki ke tanah suci dan beribadah di masjidil haram yang pahala nya 100ribu berbanding masjid lain, insyallah boleh contact mereka yang bertanggungjawab. 
Puan Maini 0132433094 atau boleh check fb beliau, Puan Maini Zakaria



Alhamdullilah doa mama supaya aku berjaya dalam pelajaran dimakbulkan Allah. Limpahan rezeki yang dipinta juga semakin dirasai. Masyallah betapa makbulnya berdoa di masjid mu ya Allah.


2 comments:

Anonymous said...

Salam.

just want to say that you're very very lucky to go to Mekah and all.
congratulation to you.
:)

Balqis Zakaria said...

Wasalam.

thank you so much. Alhamdullilah rezeki dari Allah. :)